BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 24 March 2013


Ouchhh! Sakit tak kene jahit?




Assalamualaikum guys.. hehehe.. harinie punya topic pasal "Sakit tak bila kene jahit" huhu. Ramai orang takot dengan jarum kan.. ramai jugak takot dengan darah.. hehehe.. panik lah katakan bila nampak benda2 macamtu. ni lah contoh gambar yang korang suka sangat tu kan.. haha.


Tapi harinie saja lah nak kongsi pasal kene jahit2 nie.. tak semua orang boleh dapat pengalaman macam nie kan..?? haha. Mase tu saya darjah tiga. saya terlibat dalam acara rounders. tawu kan yang macam ala2 main besbol tu.. huhu. Pastu mase main tu, beratur lah kan.. excited sangat nak main mase tu.. tengah tunggu giliran nak pukol. Kawan2 pulak suh lah kedepan2.. n then tak pasan pulak makin kedepan tu akhirnya sampai betol2 dekat belakang pemukol.. Ceritanya bila kawan pukol bola. and tangan dia pon tak bedong agaknya mase kecik. dia pergilah baling kayu tu kebelakang. Mase tu macam aku pulak sasarannya.. Hakikatnya mana boleh baling kayu tu.. Dia pon berlari dengan bersungguh-sungguh dan aku pon bersungguh2 sembang ngan kengkawan. Tibe2 aku bangun. Bukan bangun nak ambik kayu utk pukol. rupanya bangun dari pengsan. Rase macam tak de pape je waktu tu.. tapi semua kawan2 ngan cikgu kat situ semua pandang dengan ngerinya. huhu. Sebenarnya kat dahi saya nie ha dah nampak daging haaaa...
Teros lah bawak g klinik. Mase kat klinik tulah time menjahit2 tu.. Tapi macam tak de perasaan je time tu. tak tawu nape?.. baring2 je.. tibe2.. nampaklah dia tarik benang dari atas dahi nie.. rupanya tengah menjahit. huhu. 4 jahitan teros kene.. Maybe mase tu bius kot. tu yang tak rase.. bila dah lama siket.. haaa.. mulalah rase gatal ke? macam nak tengok je.. terbayang jugak bila kita terlupa kan.. kita tergaru ke kat tempat jahit tu.. mahu tak terkoyak.. haha. lagi2 kalau tengah tidor kan.. bukan ingat pon..huhu.. So kepada kawan saya yang buat saya macam tu.. I will remember okay. Gila ke boleh lupa? Ade parut kot. Dahlah pompuan pulak tu.. hermm.. Takpelah. Itu namanya pengalaman. kan... Tu jelah ceritanya. Mase jahit mungkin tak rase.. tapi parutnya tu yang mendalam okay.. Jage diri ehhhh...

Wassalam. :)

Saturday, 23 March 2013

LOVE YOU MY MOTHER



Assalamualaikum :)

Alhamdullillah harinie masih lagi bernafas kan... Untuk post kedua harinie.. Saya nak cerita pasal Emak kesayangan . Semua orang ada ibu bapa.., tapi kita tak tawu semua itu akan berakhir bila?? Adakah ibu bapa yang pergi dulu atau kita. Semuanya terletak di tangan Allah. Saya nak kongsi harinie pasal Emaksaya. 

Pada tahun 2000, ibu saya disahkan menghidapi kanser payudara. Pada awalnya tak sakit pon, lagipon mak sendiri tak perasan benda tu. Tapi lepas buat pemeriksaan yang menyakitkan, terang-terangan hasilnya positif kanser. Masa cek untuk pengesahan tu, doktor menggunakan ala2 jarum lah.. tapi selalu jarum utk darah, tapi kes yang nie pulak, jarumya untuk sedut daging .. can u imagine?? Tapi mak saya kuat jugak nak tempuh semua tu.. 

Erm, lepas tu, ibu saya buat operation 2 kali lah untuk buang sel tu. Selain tu buat jugak kimotheraphy and radiotherapy. Kira bertahan lah jugak selama 7 tahun. Sebab orang selalu cakap, kalau kanser nie, memg tak de jalan keluar n takde penawar. At least kita cuba kan.. Erm.. but in 2008, mase tu saya form 3, dok ostel lagi tu.. my mom kene masuk hospital sebab pengsan kat rumah. Patutlah mase maghrib kebetulan mase dia pengsan kat rumah tu, rase tak sedap hati sangat. Nak kol, tapi tak boleh sebab hujan lebat.

Okay, ceritanya mula bila esok paginya bangun dari tidor dengan mamai2 g  lah mandi kat toilet. ade announcement, tapi tak dengar.. maklumlah excited nak mandi kan.. n then tibe2 ade makcik jaga masuk toilet n sebut nama. Jadi confius lah.. dahlah waktu subuh2 tuu.. Actually abg saya datang nak ambik bawak balik. Dah panik nie.. lari lah jugak menonong g kat kereta dengan bawak tuala nyeee.. abg saya cakap lah nak g bawak jalan2.. padahal dia tipu, mak saya dah sakit terok sebenarnya. Baliklah jugak pagi tu dengan tak mandi...

Sampai kat hospital teros tengok mak. Datang2 je tengok mak dah pakai bantuan pernafasan tu.. tapi masa tu masih kuat lah lagi tengok mak bila keadaan camtu. selama 3 hari jaga mak dok hospital tak mandi2.. takpelah, bukan selalu kan..?  Tapi sebenarnya masa saya basuh najis mak, saya dah tawu mak akan pergi. Tanda2nya apabila najis berwarna hitam. So, I prepared my self lah kan.. erm , tapi pada hari ketiga tu masa saya baru nak balik rumah, tibe2 ade orang kol kakak ipar, n then cakap pasal kebumi semua. So, ceritanya, mak saya dah meninggal. Tak tawu nak cakap camne, tak sedih, tapi rase lega sebeb dari tengok dia terseksa, saya lebih rela dia pergi. Sebaik sebelom tu saya dah mintak maaf. Tapi yang peliknya, Ucapan mak saya tu sama dalam mimpi! "Jaga diri elok2". Lepas dia meninggal barulah saya perasan benda tu. 



So, Kesimpulannya, jaga mak bapak elok2.. nanti tak sempat jangan nak meraung meracau pulak. Al-Fatihah.


That's all for today, thank you :)

Thursday, 21 March 2013

Assalamualaikum .

Actually I'm new here. Please give me a support for my blog hehe.....My new blog is about my story. So, I hope I can share some valuable and interesting info for you. That all for my muqaddimah. Wassalam







Okay, untuk harinie, nak share lah siket pengetahuan pasal tasik pink. Tajuk nie I buat untuk public speaking. Erm, rasenya ramai yang tak tahu pasal tasik nie.huhu. Tapi nie memg ade. I will show you okay.


Actually tasik macam nie banyak, salah satunya terletak di Capvert, , Africa Selatan.
Tasik nie macam strawberry milkshake. Tasik nie kandungan garamnya pon tinggi ibaratkan seperti laut mati. Lagi satu, perempuan kat area tu luangkan masa selama 14 jam sehari utk harvest garam kat situ. Berikut ialah gambar seterusnya :





Subhanallah. Ini satu keajaiban. Tasik nie jadi pink sebab satu micro-organisma yang dikenali sebagai Dunalleila Salina. So, kalau ade duit, pegilah sana okay. itu sahaja, terima kasih.. :)